Khamis, 28 Disember 2017

MAHLIGAI SAKINAH 2.0

Selalunya bila cuti je, kalau tak on call, Hubby akan ajak pergi jalan2 ke, holiday ke mana2. Tapi dlm sesebuah perkahwinan kita bukan saja nak seronok je, kena juga tambah ilmu utk menambahkan lagi kemanisan rumah tangga kita.

Jadi saya pun carilah dan Alhamdulillah ada orang beritahu mengenai program Mahligai Sakinah 2.0 ini, yang dianjurkan oleh JK Peka Ikram. Ia diadakan khas pula utk mereka yg baru berkahwin (usia perkahwinan 1-5 tahun), jadi sesuailah utk kami berdua.





Saya rasa program ni sangat2 bermanfaat utk kami berdua. Sebenarnya lelaki & perempuan ini berbeza, masing2 ada kelebihan & kekurangan tapi bila kedua-duanya berkahwin (bergabung), maka segala kekurangan itu adalah utk menutup kekurangan pihak yg satu lagi agar kedua-duanya menghasilkan sebuah keluarga Islam yang sempurna seterusnya dari situ melahirkan masyarakat Islam sehinggalah terbentuknya negara Islam. 

Kita tak boleh kata yg hanya suami atau isteri saja betul, sebelum kita mengatakan pihak yg satu lagi salah, kita perbetulkan diri kita dahulu. Jangan asyik bergaduh, masing2 harus tahu tanggungjwb masing2 sebab semua itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika tidak ditunaikan, maka hukumnya berdosa.

Inilah masalah dlm rumah tangga kita. Mula2 biasalah cinta sangat2 dgn pasangan kita, sampai kentut pun wangi, tapi bila dah tahu kekurangan pasangan kita cinta itu akan berkuran. Namun kitalah yg harus berusaha utk jatuh cinta lagi padanya. Teringat quote ini:

"A successful marriage requires falling in love many times, always, with the same person."

Pokok pangkalnya kita haruslah tahu apakah matlamat perkahwinan sebenar-benarnya.
  1. Nak elakkan maksiat? Yelah kawan lama2 nanti dosa, hati ni asyik teringat dgn dia. Dah kahwin semua halal so suka hatilah nak buat pada bini macam mana pun
  2. Yelah, orang kata kahwin ni nanti rezeki murah. Sekarang ni mcm miskin je bisnes pun mcm x untung nanti kahwin mesti untung banyak, ada binilah katakan
  3. Kalau ada bini senanglah ada org nak uruskan hidup kita, ni baju pun malas nak basuh, nak gosok ada bini dia boleh buat semua utk kita
dan lain2. Betul ke ni matlamat perkahwinan kita? Tidak!!!!

Kita nak mendapat keredhaan Allah dgn berkahwin, semua yg kita lakukan bersama isteri mendapat pahala (amalan yg membawa kebaikan) eg solat, puasa, bersedekah, sentuh bini pun berganda2 pahalanya. Malah dengan berkahwin & mengamalkan ajaran Islam yg sebenar-benarnya dlm keluarga dpt melahirkan khalifah2 Islam yg kemudiannya akan turut bersama2 bergerak bersama kita membawa Islam.


Nak kenal pasangan bukan sehari dua. Kalau dah kenal pasangan sebelum kahwin itu semua cover je, dah kahwin, tinggal serumah bersama barulah tahu perangai masing. Apa2 pun redha je dengan kekurangan pasangan, jadikan ia sebagai kekuatan kita.

Antara masalah2 utama rumah tangga:
  1. Duit - ini memang masalah utama pasangan baru berkahwin kerana zaman muda inilah zaman utk membina kerjaya yg stabil + masa perlu dibahagikan dgn adil kpd keluarga + ekonomi negara yg tidak stabil
  2. Hubungan seks - menurut bancian sebenarnya tidak ramai isteri yg benar2 puas dgn hubungan seks mereka. Waktu suami isteri orgasm adalah berlainan, maka suami isteri haruslah sama2 mencari ilum bagaimana mendapat kepuasan masing2, suami tidak boleh terlalu cepat & mementingkan diri sendiri sehingga tidak menunggu isteri puas bersama2.
  3. Ahli keluarga seperti mentua, ipar duai dan sebagainya
  4. kekurangan masa
  5. Kerjaya
  6. Orang ketiga
Dan sebagainya.

Namun hendaklah kita berusaha utk mempertahankan rumah tangga kita, masalah yg timbul cuba utk selesaikan bersama2, komunikasi yg baik antara suami isteri, bantu-membantu. Insya Allah ada jalannya.

Bila hadir ke program ni baru saya tahu setiap rumah tangga ada turun naiknya, pastikan apa jua cuba selesaikan bersama, cari kebahagiaan bersama2. Kami masih PJJ, namun tak sangka ada juga pasangan yg PJJ dah 5 tahun namun 2 kali sahaja berjumpa kerana salah satu pasangan kerja di luar negara. Masya Allah...

Untuk tajuk PJJ ni panjang lagi ceritanya yg akan saya kongsikan kemudian. Doakan saya & Hubby bahagia bersama, hingga ke syurga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan