Selasa, 16 Januari 2018

DECISION TO HAVE A CHILD, EARLY OR LATER?

Jarang saya menonton Ringgit Sense di TV3, hehe, yelah dah balik rumah penat malas nak dengar discussion petang2.

But i was interestered bila tengok tajuk dia: 

HOW A NEWLY MARRIED COUPLE DECIDE TO HAVE A CHILD, EARLY OR LATER IN CURRENT CAREER DEVELOPMENT? THE PRO AND CONS


Bila saya & husband baru kahwin, inilah yang kami perbualkan bersama. Saya tahu saya & pasangan tak seperti orang lain atau kawan2 saya yang dah berkahwin, lepas kahwin terus nak dapat anak. But me & husband is PJJ couple, dan saya busy dengan post graduate exam & husband busy dengan PhDnya. 

Walaupun kami bekerja 1 negeri, namun jauh juga, kadang2 busy dengan kerjaya masing2 jadi tak sempat jumpa. Jumpa pun untuk melepaskan rindu masing2. Walaupun begitu kami masih kumpul duit bersama, dengan harapan bila suami dah habis PhD kami akan beli rumah, Inshaa Allah.

Jadi, pasangan seperti kami mestilah terfikir nak dapat anak juga seperti pasangan lain, namun adakah dalam situasi kami sekarang sesuai untuk mendapatkan anak?


Ramai saudara-mara tanya kenapa saya tak mengandung lagi, namun mereka tak berada di tempat saya. Of course saya & husband masing2 tak tahu kami subur atau tidak, namun jika ada anak sekarang saya seorang yang akan jaga, dengan selalu on call, parents saya dua2 berkerjaya (walaupun kalau parents saya tak kerja saya takkan suruh diorang jaga sebab bagi saya waktu parents dah tua2 ni bagilah mereka rehat, bukan suruh jaga anak kita tapi biarlah mereka selalu pergi ke masjid). 

Nak jaga anak kecil bukan mudah, selalu je saya tengok kawan2 bila anak sakit terpaksa ambil emergency leave, affect kerja, letih penat semua & saya tak nak mengharungi keadaan itu seorang diri tanpa suami di sisi. Lagi pun saya & husband arrange marriage, kenal pun tak lagi baru nak bercinta tiba2 anak dah ada nanti kami dah tiada masa nak berdua pun.



Saya pernah mendengar satu talk, the best time to get the first child is 6 months above of marriage, sebab ujian orang baru berkahwin adalah perangai pasangan masing2 & masalah kewangan. Baru je nak bina kewangan tiba2 dah ada anak. Walaupun org cakap anak tu rezeki tapi ingatlah jangan sampai anak tu terbeban. Ini yang menjadikan ibu bapa sekarang bila balik marah2 bila anak menangis. Saya selalu mendengar keluhan kawan2 cakap penatnya ada anak ni, suami dahlah tak tolong, nak pergi jalan jauh2 pun tak boleh. Hidup dah tak macam dulu. Dan saya pernah nampak pasangan yang tak bersedia nak ada anak hanya menyuruh ibu bapanya sahaja yang menjaga anaknya, even hari cuti pun hantar anak pada parents. 

WHAT TYPE OF PARENTS YOU WANT TO BE?

Baru je lahir anak dah kena keluarkan berapa banyak duit, dari belanja susu (bagusnya fully breastfeeding, jimat....), baju dia, pampers, susu botol, barang mandian dan lain2. Masa pantang semua ok, habis je pantang bila couple tu both dah start kerja (if the wife is not a housewife, kalau housewife tu lain cerita sebab memang boleh jaga anak sepanjang masa), di situlah pergaduhan mula berlaku.

Kebanyakan lelaki sekarang tidak tahu membuat kerja rumah, jadi bila dah ada anak & wife nak menyusu, jadi si suami haruslah membantu isteri melakukan kerja2 rumah. Jangan balik kerja tengok tv atau sengaja pergi kedai makan minum dengan kawan2. 

Bukan itu sahaja, umur muda2 inilah kita juga sibuk membina kerjaya kita. Kerjaya lagi, kewangan lagi, bini lagi, anak lagi dan lain2, semua itu harus diambil kira. 

Saya tak kisah apa orang nak cakap pada saya & husband, even after u all baca my blog, nak kecam ke but u are not on my feet. Arranged marriage + PJJ couple + career couple is quite difficult to handle. I might be strong if my husband sentiasa di sisi saya, but without him i don't think so i can do this alone. So we decided to have a child after my husband finish his studies.

WHAT ABOUT YOU?
WHAT DO U KNOW ABOUT FAMILY PLANNING?

Dalam Ringgit Sense juga mengatakan tentang perihal orang2 mudah yang kahwin semasa sangat muda (umur 18-21 tahun), di mana ketika itu masih study, baru habis SPM dan sebagainya. I'm not sure regarding marriage around this age time but when you decide to get married, you must be matured, strongly fit to get your financially stable, know what is your responsibility to do as husband and wife (not just know, but please do).

A MARRIAGE IS ABOUT HELPING EACH OTHER TO BE HAPPY

Anak adalah satu pelaburan yang berpanjangan. Jangan hanya gembira sakan cerita satu kampung dah mengandung, dah dapat anak tapi hakikatnya di rumah bergaduh setiap hari depan anak. Rumah bersepah sana sini & tak terurus, so the moment you get married is actually start all the sacrifice and suffer (haha, jangan pulak tak nak suffer sampai tak kahwin, the times will come.

Whatever it is, just do your responsibility, try to make your couple happy, and you will receive the same too Inshaa Allah. Nak ada anak ke tak, duduk sama2 dengan suami atau isteri, bincang sama2 then decide, it is your choice.

ALHAMDULILLAH ME AND MY HUSBAND HAVING A GREAT CONVERSATION TOGETHER. THANK YOU ALLAH.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan