Rabu, 31 Mei 2017

BERCUTI DI KLANA RESORT SEREMBAN


Hasil carian imej untuk surprise suprise quote

Wah!!!! Dah habis exam, huhu, tapi tak tahulah resultnya.
Dan seperti yang dijanjikan since April hari tu busy dengan study, so we all decide nak celebrate birthday my mum & my sister pada Hari Ibu which is on 13th May 2017 ni.

Before i exam memang nak buat surprise untuk diorang, apa salahnya kita belanja untuk family kita pergi holiday, bukannya orang lain pun. So senyap2 i book Hotel Klana Resort Seremban, 1 bilik untuk my family dan 1 bilik lagi untuk i & husband.


Day 1
I just bagitau dengan my family nak jalan2 Seremban je. Since on that day my mum ada kelas tambahan, so diorang bertolak after fetch my mum from school. I dah siap2 tempah brownies dengan kawan i untuk bawa pergi Seremban (hehe, brownies senang tak cair, so tak perlu susah2 nak cari peti ais).

After settlekan kemas rumah & hantar kucing2 kami ke hotel kucing, i & husband pun bertolak ke Seremban. Setengah jam je, tak lama. Cuma takut jammed sebab selalu jammed if hari Sabtu as ramai orang nak berjalan ke Negeri Sembilan & Melaka. Yelah, dekat je kan, balik hari pun boleh.

Then sampai hotel pihak hotel cakap check in boleh pukul 3 ptg. So i & husband mencarilah tempat makan & solat. Kitorang change schedule visit ke Jelita Ostrich Farm. Our change plan kitorang inform dekat my parents.


Then after lunch & solat, kitorang tunggu my family di Jelita Ostrich Farm. Dari luar dah tak sabar-sabar nak masuk, kitorang dah siap2 beli tiket. RM10/person. Bila my family sampai je diorang semua teruja sangat2 dengan ostrich2 yg friendly kat sana, asyik nak makanan je ostrich2 ni, & kitorang dialu-alukan oleh sekumpulan kambing2 yang jinak minta makanan dari kitorang.

Seriously i memang takut nak touch2 binatang2 ni selain dari kucing, so i biar je my husband & family members lain bagi makan kat ostrich2 & kambing2 tu. Huhu, penakut kan i. Tapi nak buat macam mana memang takde keberanian. But at least i'm happy bila tengok my family enjoy & happy je sepanjang di farm tersebut.

Kemudian tour guide kami membawa kami melihat telur2 ostrich. Telur2 ni ada isi di dalamnya tau. Bila telur ada isi, ia menjadi sangat keras sehingga kitorang pijak dengan kasut pun tak pecah & mampu menampung berat badan kitorang. But if telur2 ni kosong or dah takde isi, memang senang pecah. Untuk pengetahuan korang telur ostrich boleh dimakan, but since ostrich bukan haiwan asal Malaysia so tak semua penduduk Malaysia biasa makan telur ostrich. And 1 more thing kolesterol telur ostrich sangat rendah sehingga dicomparekan 1 biji telur ostrich yang besar dengan 1 biji telur burung puyuh, ternyata kolesterol burung puyuh lagi tinggi.

See? Tak pecah pun telur tu bila dipijak

Kemudian kami pergi menaiki ostrich (dengan dipegang oleh pekerja2 farm tu, kalau tak memang tak beranilah jawabnya & mata ostrich tu pun ditutup). Hehe, seriously i tak pandai nak tunggang ostrich. Then naik je pun kitorang dah boleh dapat sijil, hehe.

Next kitorang dibawa ke tempat ostrich berlumba lari. While in the journey, i asked my parents untuk naik kereta kuda, yelah sebab kasihan pulak tengok my parents berjalan kaki, dahla my mum baru baik dari patah kaki.

Selesai sudah kami dibawa ke kedai di ostrich farm untuk melihat produk2 hasil keluaran dari ostrich seperti syampu, sabun dan sebagainya. So my mum pun belilah sabun mandi 2 botol dari sana.

Dah penat, kami semua balik ke hotel rehat2. Nak mandi tapi penat. Esok jelah.

So after maghrib kami pergi ke Restoran Man Tom Yam. Cantik restoran ni, bangunannya style Minangkabau. Kemudian kami pun order of course specialnya adalah tom yam. Jeng, jeng, jeng, i keluarkan my brownies time ni. Hehe, my mum terkejut, dia tanya entah bila i order brownies ni padahal hari tu i busy dengan exam.




Balik ke hotel, memang dah plan dengan my siblings lepas ni i & husband nak terjah bilik my family untuk bagi present2 kitorang yang dah beli. Hehe, 1 more surprise from us. Tak lupa juga present untuk my sister punya birthday. My mum & my family looks so happy.


Day 2
After breakfast, kitorang pun apa lagi, terjunlah ke dalam swimming pool yang terbentang luas tu. My husband memang suka gila swimming, so memang tak kenal dunialah bila ada kolam air besar. Lama juga kat situ kami bermandi-manda. Kolam yang 5 feet quite dalam tapi i try jugaklah berjengket2, hehe.




Tiba2 my aunt & uncle dari Kedah with my cousin yang tinggal di Seremban datang melawat kitorang kat kolam mandi tu. My cousin yang kecik (Habib) bila tengok air terus nak main, tapi malu2 sebab takde kawan. Biasalah budak2 bila tengok air memang nak mandi je. Kat swimming pool tu siap ada gelongsor lagi.

Kitorang mandi sampai dah tak ingat pukul berapa, dah perasan makin lama takde orang & makin panas, so sedar2 dah pukul 11.45. Alamak, nak dekat pukul 12 dah. Then kitorang balik bilik & check out. Kitorang terus balik ke Bandar Seri Putra, lunch & solat kemudian balik tu memang penat sangat2 so tidur lentok betul sampailah asar. My family pulak diorang singgah R&R Seremban lunch kat sana before balik.

Inilah pandangan dari bilik hotel kami
Sekian sahaja entry saya. Banyak sebenarnya tempat jalan2 kat Seremban tapi so far tu jelah kitorang pergi sebab memang aim 2 hari je pergi since masa untuk bercuti sangat limited. Insya Allah lepas ni nak plan holiday lagi with my family. Seronok sangat bila tengok family kita happy.

Thank you Ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan