Rabu, 19 April 2017

3 SOALAN ANNOYING

Soalan pertama: 'Bila nak kahwin?'

Soalan kedua: "Bila nak ada anak?'

Soalan ketiga: 'Bila nak tambah lagi?'

Sebenarnya ini adalah respons kepada 1 artikel yg saya baca, which is true inilah soalan2 yg org2 yg kononnya 'caring' dgn kita suka tanya especially balik kampung. Tak tahula bukannya nak buruk sangka, mana tahu memg org2 yg tanya ni memg caring, but from my experience as a doctor,  there are so many other ways how to show your caring.

Kita merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. 

Setiap orang ada rancangan sendiri. Banyak org x tahu soalan2 ni sensitif sebenarnya & boleh buat org sedih. Mungkin disebabkan kerjaya saya yg banyak berjumpa dgn org, banyak tengok dugaan & masalah org especially any doctors yg pernah kerja bahagian O&G, x sampai hati nak tanya soalan2 mcm ni kat org lain. 

1. Kepada siapa yg xde jodoh lagi don't worry Allah tahu siapa jodoh yg terbaik utk kita. Daripada kahwin dgn org yg salah disebabkan main tangkap muat je then derita, better korg enjoy beribadah berkhidmat utk ibu & bapa, beribadah dlm kerjaya korg & enjoy travel sana sini dgn kwn2. Doa moga dpt jodoh yg terbaik insya Allah. Namun sambil2 tu haruslah berusaha utk mencari jodoh, pernah dengar beberapa ceramah biarlah ibu bapa yg tolg carikan utk kita or org tua yg boleh dipercayai tolg carikan eg dari kump usrah. Yg penting cari yg beragama, & jgn sekali2 cari jodoh dgn niat nak mengata balik org yg bertanyakan soalan pertama tu. Jika tiada jodoh di dunia, maybe di akhirat nanti. Asalkan doa, usaha, tawakal. 

https://twitter.com/ustazdondaniyal/status/745392033490100226

2. Semua org pun nak anak, namun ada sesetengah mungkin diorg merancang, cuma tak cerita kat org lain, yelah buat apa nak cerita kan, hal rumah tgga masing2 biarlah rahsia. Mungkin juga tak merancang tapi Allah x bagi lagi sebab Allah nak pasangan tu enjoy dulu being as a couple ke, x pun if ada anak nanti mungkin tak mampu nak jaga ke, kewangan pasangan tu masih tak ok lagi ke. Allah mungkin nak tambahkan lagi pahala bila pasangan tu sabar & usaha utk dpt anak ke. Takkan nak cerita semua benda ni kat org lain kot. If pasangan tu ada masalah korg nak bantu ke? Sesungguhnya anak tu bukan rekaan manusia, Allah je yang mampu memberi rezeki kepada satu2 pasangan utk dpt anak. So rasanya tak perlulah tanya soalan no 2 yg sensitif tu

# Honestly semasa saya bekerja sebagai MO O&G dulu saya tak sampai hati nak tengok pesakit2 saya, kadg2 dah 10 tahun kahwin takde anak. & lagi satu sedara-mara asyik2 menyalahkan yg perempuan, sedgkan lelaki pun boleh je tak subur. Banyak sebab kot. Itu semua bukan pasangan tu yg minta untuk tidak subur, semua tu kan ujian Allah jadi tak payahlah korg nak menambahkan lagi kesedihan pasangan tu.


3. Yg soalan ke3 ni agak pelik sebab bagi saya setiap pasangan ada rancgn sendiri bila nak dpt next anak, especially eg previous anak ada masalah kesihatan ke, jadi tengah sibuk nak jaga anak pertama yg selalu sakit takkan nak tambah lagi. Or pasangan tu masing2 nak kejar career so that's why nak rancang dulu, or tak nak anak ramai2 ke, or ada masalah kewangan ke. Hmmm....

Apa2 pun, please be sensitive, baik kita sibukkan diri dgn ibadah & improvekan kehidupan kita & bantu umat Islam & masyarakat luar dari sibuk jaga tepi kain org lain. If pasangan tu nak dptkan nasihat then barulah kita bagi, bukan kita pula yg sibuk2 nak tanya ye

# Ada yg saya dengar dari kawan2 & pesakit2 saya sampai bole jadi stress & tak nak balik kampung sebab takut org tanya soalan2 mcm ni, jadi tolonglah ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan