Rabu, 19 April 2017

SEORANG ATAU BERDUA?


Entah mcm mana boleh terbuka facebook nak cari program hujung minggu yg bermanfaat, Alhamdulillah jumpa program ni. Dahla yuran dia murah khas utk makanan je.

Seronok sangat dapat join program ni especially dapat jumpa Prof Har. One of my role model. Prof Har antara student UKM yg berjaya, antara yg terawal mejadi specialist, pernah masuk paper time student lagi, aktif dlm program2 motivasi & program2 dakwah.
Ini yg kita mahu, bukan usaha utk dunia sahaja tapi yg lebih penting adalah akhirat sana.

Berlangsung di Pejabat HIKMAH Wilayah, Taman Putra Kajang pada 16 April 2017.
Mula2 dah daftar nama nak pergi dengan husband, tapi bila tengok tajuk "Seorang atau Berdua', so macam sesuai untuk orang yang tengah mencari jodoh ye tak?
So bagitaulah dengan suami rasanya nak temankan pergi dengan adik jelah, hehe, biar adik kesayanganku dapat tahu tips2 serba-serbi bagaimana mencari jodoh. 

Dah ajak ramai kawan2 lain yang still single, cuma sorang je kawan baik semasa PASUM dulu dapat datang, yg lain x tahula sebab busy kot & ada komitmen masing2.

Bila datang tempat dah penuh, yg ada pun depan sekali je. Alamak, naya if kena tanya soalan x tahu nak jawab apa, berserahlah.
Tapi Alhamdulillah rupanya berkat duduk depan memg mudah sekali ilmu nak masuk, betul2 depan dengan Prof kesayangan, Prof Har. 



Penuh dengan pengisian, bila dengar Ya Allah kan bagus if husband I dengar, dapat manfaat bersama, xpela. Dah dia x dapat pergi nak buat macam mana kan? Yg datg pun adalah dalam 4 org lelaki je, tu pun salah seorang Dr David yg memg datg utk buat research tentang Muslim women.

2 jam je talk Prof Har, tapi penuh dengan pengisian. Prof Har masuk2 je dia surh kitorg bukak laman web Kahoot & daftar, dahla x pernah buka Kahoot, nasib adik pandai nak guna. So kena jawab ada 7 soalan, & mostly soalan2 ni bertanyakan kita ni mengaku wanita tapi adakah kita tahu & memahami wanita. Soalan dia siap tanya 'What is definition of Woman', reproductive system of woman and so on. Tapi tula x dpt jawab betul semua in view line slow kat situ, so ada soalan x sempat jwb (if line laju mesti dpt highest mark punya, hehe).

Pengisian yg dpt hari tu:
1. Banyak sangat ayat2 tentang wanita dlm Al-Quran, tapi tula sebab jahil jugak & x cukup ilmu x hafal pun. Rasa inferior sgt bila Prof ckp bole hafal lagu tapi ayat2 Al-Quran yg berkisahkan tentang wanita (tentg diri sendiri) tapi x hafal. Insya Allah akan cari, nak mempelajari Al-Quran lebih mendalam lagi
2. Majoriti lelaki & wanita sekarg kahwin lambat sebab x cukup dari segi kewangan, & nak kejar career
3. Sesungguhnya ibadah yg dilakukan oleh org yg berkahwin pahalanya lebih tinggi dari org yg single
4. Bila seseorg berkahwin maka dia telah menyempurnakan separuh imannya
5. Walaupun isteri bergaji besar, tapi kehidupan isteri hendaklah mengikut kewangan suami, bukan kewangan isteri
6. Sedekah kepada suami & anak2 lagi afdhal dari sedekah kpd org lain
7. Aim kita hidup berdua ialah utk menjadi keluarga yg sakinah, mawaddah wa rahmah

X ingat sangat apa tips memilih suami yg baik, tapi yg teringat:
1. Berilmu agama
2. Berakhlak baik
3. Bersederhana
4. Bertanggungjwb, mengetahui ganjaran memberi nafkah kpd isteri

At last sekali Prof ada ckp: "When we choose to serve Allah, that is the total liberation'. 
Betul tu, buat sesuatu bukan utk org. Ni x, 'Eh, nak pakai baju ni tapi nanti org kata x cantik pulak', 'Nak buat ni tapi nanti apa org kata'.
It really shows you are the human's servant, not Allah's servant. Manusia sekarang suka buat kerana manusia, bukan kerana Allah.



Hehe, along the programme i cried sometimes. Yup, so much of responsibilities to hold when we choose untuk hidup berdua. Kahwin bukan utk bersuka2. Moga Allah beri keluarga yg sakinah, mawaddah wa rahmah kepadaku, Insya Allah. 

Doakan adik-adikku bertemu jodoh yg baik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan